Teks : Mawar Abdullah
Ilmu untuk disedekah.
Terkesan dengan kata-kata guru penulisan saya dalam group penulisan kami. Saya mula rasa best menulis bila ramai sahabat mula PM dan ucap terima kasih atas status-status FB saya yang positif. Itu kata mereka.
Saya rasa best bila mana tulisan ini memberi manfaat kepada orang ramai. Saya mula pasang impian untuk menulis lebih banyak dengan cara yang betul.
Hakikatnya, tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan bimbingan, latihan rapi dan emosi yang tinggi untuk menulis. Motivasi dan semangat boleh naik dan turun. Fokus boleh terganggu dengan mudah untuk orang macam saya.
Usahakan walaupun sedikit demi sedikit. Menulis dari hati kerana Allah. In sha Allah sampai ke dalam hati-hati si pembaca.
