Friday, July 31, 2015

Salam Ukhuwwah.

Assalamualaikum.

Salam ukhuwwah buat anda yang membaca blog ini. Blog ini adalah sebuah perkongsian nota kehidupan tentang wanita, keluarga, kerjaya dan rutin harian yang mungkin boleh memberi manfaat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita. 

Saya bukan seorang penulis ataupun blogger sepenuh masa. Saya mula meminati penulisan kerana saya suka berkongsi perkara yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain.  Ia adalah satu kepuasan peribadi untuk saya.

Berinspirasikan Prof. Dr. Muhaya yang merupakan seorang doktor perubatan dan kini aktif memberi inspirasi kepada masyarakat, saya menanam impian untuk mencontohi jejak langkah beliau. 

Saya seorang bekas graduan Sains Kesihatan Bersekutu di UIA dan kini bekerja sebagai Audiologis. Saya juga bergerak aktif dalam perniagaan di Internet seperti design dan printing, pakaian wanita, dan kesihatan. 

Akhir kata, semoga blog ini menjadi titik permulaan untuk menyampaikan mesej bermanfaat kepada anda yang membaca. 

In sha Allah :)

No comments:

Post a Comment