Thursday, September 10, 2015

Idea adalah Ilham Allah

Teks : Mawar Abdullah 

  Lama saya tak share tentang bisnes. Sekarang agak sibuk dibelakang tabir. Sibuk sangaaatt gitu.. jari jemari dan otak saya yang sibuk membalas pm dan melayan pelanggan serta memikirkan idea-idea baru. Dalam bisnes, IDEA itu sangat MAHAL !
  
  Kadang-kadang lintasan idea dalam bilik air, boleh bertukar menjadi idea yang bernilai ribuan, ratusan ribu, atau jutaan ringgit. Idea itu ILHAM dari Allah sebab tu ia mahal. Menulis status ini juga ilham idea dari Allah.
  
  Apa sahaja yang terlintas dalam otak, kalau boleh semua saya nak share tapi hanya yang memberi manfaat sahaja. Saya pegang prinsip hidup orang yang baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
  
  Saya bukan trainer, apatah lagi coach bisnes. Saya hanya seorang pelajar bisnes yang diizinkan oleh Allah untuk bertemu guru-guru yang hebat. Mungkin aura mereka sedikit sebanyak tempias pada diri saya sehingga ada sahabat-sahabat yang mahu belajar bisnes dgn saya.
  
  Seriesly, saya belum layak untuk mengajar sesiapa. Kadang-kadang rasa bersalah juga bila tolak permintaan kawan-kawan. Tapi saya tak boleh tanggung risiko dan masa saya juga sangat mahal. Saya tak boleh lari fokus.
  
  In sha Allah, bila ada kelapangan saya boleh berkongsi di blog saya pengalaman macam mana saya update status FB dan boleh jana Rm635 untuk pertama kali cuba teknik ni kat FB. Tanpa FB Ads. Kalau guna FB Ads, harus lebih banyak..
  
  Special untuk kawan-kawan yang zero bisnes. Betul-betul baru nak belajar, nak mula bisnes dgn kos yg rendah. Tapi ia tak mudah ye. Kita kena sanggup belajar dan faham dulu. Kalau nak mudah, tak yah berbisnes. Baik makan gaji, bulan2 masuk duit. Fokus je buat kerja.
  
  Sifu saya cakap, kalo kita malas, baik mati. hehehe... smile emoticon

Friday, August 21, 2015

Jangan Over Excited Untuk Mula Berniaga

Teks: Mawar Abdullah

Jangan Over Excited.

  Pada mula-mula saya buat keputusan untuk mula berbisnes, saya agak over excited. Saya ingat lagi ex-boss saya pesan supaya tidak over excited.

Beliau pesan utk lihat bagaimana klinik ditempat saya bekerja yang bermula tanpa loan bank dari kecil sehingga dapat membuka cawangan hampir seluruh Malaysia.

  Walaupun saya bekerja sbg Audiologis, tapi Allah tahu disitu tempat terbaik utk saya mempraktis dan timba pengalaman pengurusan sebuah syarikat.

  Saya bukan sahaja kerja "korek dan bercerita" tentang telinga manusia tetapi didedahkan untuk membuat kerja-kerja marketing, dan management klinik dan dibantu oleh seorang assistant.

  Bagi seorang fresh grad bidang kesihatan yang terus diberi tugasan utk capai target sales berbelas ribu ringgit, agak menyeramkan disebabkan saya tidak pernah buat kerja-kerja sales dan marketing.

  Namun, pengalaman manis dan keyakinan bertambah apabila saya berjaya close sales pertama Rm20,000 utk seorang client. Saya mungkin bertuah dan mungkin Allah hadirkan client itu utk tambah keyakinan saya dalam dunia bisnes. Caranya mudah, jual pada orang kaya dan banyak duit. 

  Selain itu, apa yang lebih penting adalah FAHAM masalah client dan jadi PROFESSIONAL.
Bila kita meletak posisi kita sbg seorang yang pakar dan professional, apa sahaja yang kita cadangkan, client akan dengar, fikir dan terima.

Walaupun kita jual pisang goreng !

  Jangan pandang remeh ye. Org yang jual pisang goreng lebih tahu beza jenis2 pisang apa yang sedap utk digoreng drp kita yang tidak pernah goreng pisang. Kejayaan-kejayaan kecil menjadi pemangkin untuk kita mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih besar.

  Kesimpulannya, untuk mula bisnes, jangan over excited. Mula berniaga dengan berfikir berapa Ringgit yang kita sanggup utk rugi utk pertama kali.Tengok org buat jenama produk sendiri, terus nak buat jenama sendiri. Nanti lingkup.Tengok org buat loan bank, nak buat loan bank juga. Nanti lingkup.

  Apa yang kita perlu buat adalah cari Mentor, Ilmu, dan Bertindak. 50% duit gaji saya dihabiskan utk mencari guru dan ilmu. It is the best investment for anak muda. Kini, saya fokus pada tindakan dan result. Bina ada ilmu, kita lebih yakin utk melangkah lebih jauh. Redah dengan ilmu lebih selamat daripada redah membuta tuli.

  Jika gagal sekalipun, kita ada tempat sbg rujukan. Alhamdulillah, take a baby step one by one.
Kalau mindset kita nak cepat kaya, confirm yang cepat datang adalah MISKIN bukan kaya. Mula bisnes dengan sepenuh hati bukan sebab nak cepat kaya. Ada sebab yang lebih penting daripada duit dan kekayaan.

Wednesday, August 19, 2015

Bergantung Hidup pada Allah

Teks: Mawar Abdullah 

Indah bila kita bergantung hidup dengan Allah.
Bila kita kebuntuan, kita berdoa dalam hati, dalam solat, dalam sujud setiap hari minta petunjuk.

Tiba-tiba...

Tengah sembang dgn sahabat, dia bercerita ttg sumber-sumber yang kita tengah cari.
Baca newsfeed FB, banyak pula org share ttg apa yang kita tgh cari.
Buka majalah, ada cerita ttg apa yang kita tengah cari.
Buka Al-Quran, baca tafsir, ada cerita ttg apa yang kita tengah cari.

Pernah rasa begini?

Allah Maha Mendengar walau lintasan dihati.
Allah sangat dekat.

Jawapan Allah ada dimana-mana sahaja.
Tugas kita hanyalah berdoa, berusaha, dan percaya serta yakin dengan Dia. 

;)

Monday, August 17, 2015

Adakah Bisnes Online Menjamin Masa Depan?

Teks: Mawar Abdullah 

Adakah bisnes online menjamin masa depan?

  Sesetengah orang sangat prejudis tanpa mengetahui fakta dan hakikat sebenar bisnes online. Mereka yang berniaga online mungkin hanya memakai baju tidur dirumah. Mereka mungkin mengadap komputer hanya 1-2 jam dan selebihnya main game atau keluar minum kopi.

Tetapi mereka dilabelkan "pemalas" hanya kerana tidak nampak aktiviti kerja mereka. Macam mana nak nampak, namanya pun online atau alam maya.

Hakikat sebenar yang org ramai tidak tahu...

  Dalam 1-2 jam mereka mengadap komputer sehari, mungkin mereka telah "close deal" dengan beberapa pelanggan dari luar negara dalam matawang USD. Mungkin mereka tidak perlu bekerja penat lelah kerana telah diautomasikan oleh sistem website dan jualan. Ini yg dikatakan tidur pun dapat duit. Bukan scam ye. Biasanya, jual produk digital.

  Mereka keluar minum kopi mungkin untuk mencari idea atau berjumpa pelanggan. Mereka mengadap Fesbuk untuk bersosial dan melayan tempahan. Bisnes online adalah bidang professional yang sangat cepat berkembang dan berubah. Untuk mendalami bidang bisnes online ini kita sentiasa memerlukan ilmu pemasaran online yang terbaru dan terkini. 

  Namun begitu, jangan kerana mengejar ilmu yang terbaru, kita tidak melakukan apa-apa tindakan. Kunci kejayaan adalah kuasa ilmu dan tindakan. 

Saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat :) 

Friday, July 31, 2015

Sedekah Ilmu

Teks : Mawar Abdullah 

Ilmu untuk disedekah.

Terkesan dengan kata-kata guru penulisan saya dalam group penulisan kami. Saya mula rasa best menulis bila ramai sahabat mula PM dan ucap terima kasih atas status-status FB saya yang positif. Itu kata mereka.
Saya rasa best bila mana tulisan ini memberi manfaat kepada orang ramai. Saya mula pasang impian untuk menulis lebih banyak dengan cara yang betul.
Hakikatnya, tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan bimbingan, latihan rapi dan emosi yang tinggi untuk menulis. Motivasi dan semangat boleh naik dan turun. Fokus boleh terganggu dengan mudah untuk orang macam saya.
Usahakan walaupun sedikit demi sedikit. Menulis dari hati kerana Allah. In sha Allah sampai ke dalam hati-hati si pembaca.

Menulis Impian

Teks : Mawar Abdullah
Foto : Google 

Salam. 
Kita menulis beribu impian yang serba indah. Kita berusaha untuk menjadikan ia sebuah realiti. Kita di didik setiap impian boleh dicapai.
No boundaries. Tiada batasan untuk kita berimpian. 
Tapi kita kecewa bila impian tidak kesampaian. Kenapa mahu kecewa? Tidakkah Allah yang Maha Merancang?
Mana mungkin Allah mengecewakan hambaNya kerana Dia telah berjanji untuk memakbulkan setiap doa hambaNya.
Tapi kita lupa...
Lupa Allah lebih sayang kepada kita dan Dia tahu apa yang lebih baik daripada senarai 1001 impian kita. Bersyukur kita ada Allah yang menjaga 24/7.


Salam Ukhuwwah.

Assalamualaikum.

Salam ukhuwwah buat anda yang membaca blog ini. Blog ini adalah sebuah perkongsian nota kehidupan tentang wanita, keluarga, kerjaya dan rutin harian yang mungkin boleh memberi manfaat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita. 

Saya bukan seorang penulis ataupun blogger sepenuh masa. Saya mula meminati penulisan kerana saya suka berkongsi perkara yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain.  Ia adalah satu kepuasan peribadi untuk saya.

Berinspirasikan Prof. Dr. Muhaya yang merupakan seorang doktor perubatan dan kini aktif memberi inspirasi kepada masyarakat, saya menanam impian untuk mencontohi jejak langkah beliau. 

Saya seorang bekas graduan Sains Kesihatan Bersekutu di UIA dan kini bekerja sebagai Audiologis. Saya juga bergerak aktif dalam perniagaan di Internet seperti design dan printing, pakaian wanita, dan kesihatan. 

Akhir kata, semoga blog ini menjadi titik permulaan untuk menyampaikan mesej bermanfaat kepada anda yang membaca. 

In sha Allah :)