Friday, August 21, 2015

Jangan Over Excited Untuk Mula Berniaga

Teks: Mawar Abdullah

Jangan Over Excited.

  Pada mula-mula saya buat keputusan untuk mula berbisnes, saya agak over excited. Saya ingat lagi ex-boss saya pesan supaya tidak over excited.

Beliau pesan utk lihat bagaimana klinik ditempat saya bekerja yang bermula tanpa loan bank dari kecil sehingga dapat membuka cawangan hampir seluruh Malaysia.

  Walaupun saya bekerja sbg Audiologis, tapi Allah tahu disitu tempat terbaik utk saya mempraktis dan timba pengalaman pengurusan sebuah syarikat.

  Saya bukan sahaja kerja "korek dan bercerita" tentang telinga manusia tetapi didedahkan untuk membuat kerja-kerja marketing, dan management klinik dan dibantu oleh seorang assistant.

  Bagi seorang fresh grad bidang kesihatan yang terus diberi tugasan utk capai target sales berbelas ribu ringgit, agak menyeramkan disebabkan saya tidak pernah buat kerja-kerja sales dan marketing.

  Namun, pengalaman manis dan keyakinan bertambah apabila saya berjaya close sales pertama Rm20,000 utk seorang client. Saya mungkin bertuah dan mungkin Allah hadirkan client itu utk tambah keyakinan saya dalam dunia bisnes. Caranya mudah, jual pada orang kaya dan banyak duit. 

  Selain itu, apa yang lebih penting adalah FAHAM masalah client dan jadi PROFESSIONAL.
Bila kita meletak posisi kita sbg seorang yang pakar dan professional, apa sahaja yang kita cadangkan, client akan dengar, fikir dan terima.

Walaupun kita jual pisang goreng !

  Jangan pandang remeh ye. Org yang jual pisang goreng lebih tahu beza jenis2 pisang apa yang sedap utk digoreng drp kita yang tidak pernah goreng pisang. Kejayaan-kejayaan kecil menjadi pemangkin untuk kita mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih besar.

  Kesimpulannya, untuk mula bisnes, jangan over excited. Mula berniaga dengan berfikir berapa Ringgit yang kita sanggup utk rugi utk pertama kali.Tengok org buat jenama produk sendiri, terus nak buat jenama sendiri. Nanti lingkup.Tengok org buat loan bank, nak buat loan bank juga. Nanti lingkup.

  Apa yang kita perlu buat adalah cari Mentor, Ilmu, dan Bertindak. 50% duit gaji saya dihabiskan utk mencari guru dan ilmu. It is the best investment for anak muda. Kini, saya fokus pada tindakan dan result. Bina ada ilmu, kita lebih yakin utk melangkah lebih jauh. Redah dengan ilmu lebih selamat daripada redah membuta tuli.

  Jika gagal sekalipun, kita ada tempat sbg rujukan. Alhamdulillah, take a baby step one by one.
Kalau mindset kita nak cepat kaya, confirm yang cepat datang adalah MISKIN bukan kaya. Mula bisnes dengan sepenuh hati bukan sebab nak cepat kaya. Ada sebab yang lebih penting daripada duit dan kekayaan.

Wednesday, August 19, 2015

Bergantung Hidup pada Allah

Teks: Mawar Abdullah 

Indah bila kita bergantung hidup dengan Allah.
Bila kita kebuntuan, kita berdoa dalam hati, dalam solat, dalam sujud setiap hari minta petunjuk.

Tiba-tiba...

Tengah sembang dgn sahabat, dia bercerita ttg sumber-sumber yang kita tengah cari.
Baca newsfeed FB, banyak pula org share ttg apa yang kita tgh cari.
Buka majalah, ada cerita ttg apa yang kita tengah cari.
Buka Al-Quran, baca tafsir, ada cerita ttg apa yang kita tengah cari.

Pernah rasa begini?

Allah Maha Mendengar walau lintasan dihati.
Allah sangat dekat.

Jawapan Allah ada dimana-mana sahaja.
Tugas kita hanyalah berdoa, berusaha, dan percaya serta yakin dengan Dia. 

;)

Monday, August 17, 2015

Adakah Bisnes Online Menjamin Masa Depan?

Teks: Mawar Abdullah 

Adakah bisnes online menjamin masa depan?

  Sesetengah orang sangat prejudis tanpa mengetahui fakta dan hakikat sebenar bisnes online. Mereka yang berniaga online mungkin hanya memakai baju tidur dirumah. Mereka mungkin mengadap komputer hanya 1-2 jam dan selebihnya main game atau keluar minum kopi.

Tetapi mereka dilabelkan "pemalas" hanya kerana tidak nampak aktiviti kerja mereka. Macam mana nak nampak, namanya pun online atau alam maya.

Hakikat sebenar yang org ramai tidak tahu...

  Dalam 1-2 jam mereka mengadap komputer sehari, mungkin mereka telah "close deal" dengan beberapa pelanggan dari luar negara dalam matawang USD. Mungkin mereka tidak perlu bekerja penat lelah kerana telah diautomasikan oleh sistem website dan jualan. Ini yg dikatakan tidur pun dapat duit. Bukan scam ye. Biasanya, jual produk digital.

  Mereka keluar minum kopi mungkin untuk mencari idea atau berjumpa pelanggan. Mereka mengadap Fesbuk untuk bersosial dan melayan tempahan. Bisnes online adalah bidang professional yang sangat cepat berkembang dan berubah. Untuk mendalami bidang bisnes online ini kita sentiasa memerlukan ilmu pemasaran online yang terbaru dan terkini. 

  Namun begitu, jangan kerana mengejar ilmu yang terbaru, kita tidak melakukan apa-apa tindakan. Kunci kejayaan adalah kuasa ilmu dan tindakan. 

Saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat :)