Teks: Mawar Abdullah
Jangan Over Excited.
Pada mula-mula saya buat keputusan untuk mula berbisnes, saya agak over excited. Saya ingat lagi ex-boss saya pesan supaya tidak over excited.
Beliau pesan utk lihat bagaimana klinik ditempat saya bekerja yang bermula tanpa loan bank dari kecil sehingga dapat membuka cawangan hampir seluruh Malaysia.
Walaupun saya bekerja sbg Audiologis, tapi Allah tahu disitu tempat terbaik utk saya mempraktis dan timba pengalaman pengurusan sebuah syarikat.
Saya bukan sahaja kerja "korek dan bercerita" tentang telinga manusia tetapi didedahkan untuk membuat kerja-kerja marketing, dan management klinik dan dibantu oleh seorang assistant.
Bagi seorang fresh grad bidang kesihatan yang terus diberi tugasan utk capai target sales berbelas ribu ringgit, agak menyeramkan disebabkan saya tidak pernah buat kerja-kerja sales dan marketing.
Namun, pengalaman manis dan keyakinan bertambah apabila saya berjaya close sales pertama Rm20,000 utk seorang client. Saya mungkin bertuah dan mungkin Allah hadirkan client itu utk tambah keyakinan saya dalam dunia bisnes. Caranya mudah, jual pada orang kaya dan banyak duit.
Selain itu, apa yang lebih penting adalah FAHAM masalah client dan jadi PROFESSIONAL.
Bila kita meletak posisi kita sbg seorang yang pakar dan professional, apa sahaja yang kita cadangkan, client akan dengar, fikir dan terima.
Walaupun kita jual pisang goreng !
Jangan pandang remeh ye. Org yang jual pisang goreng lebih tahu beza jenis2 pisang apa yang sedap utk digoreng drp kita yang tidak pernah goreng pisang. Kejayaan-kejayaan kecil menjadi pemangkin untuk kita mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih besar.
Kesimpulannya, untuk mula bisnes, jangan over excited. Mula berniaga dengan berfikir berapa Ringgit yang kita sanggup utk rugi utk pertama kali.Tengok org buat jenama produk sendiri, terus nak buat jenama sendiri. Nanti lingkup.Tengok org buat loan bank, nak buat loan bank juga. Nanti lingkup.
Apa yang kita perlu buat adalah cari Mentor, Ilmu, dan Bertindak. 50% duit gaji saya dihabiskan utk mencari guru dan ilmu. It is the best investment for anak muda. Kini, saya fokus pada tindakan dan result. Bina ada ilmu, kita lebih yakin utk melangkah lebih jauh. Redah dengan ilmu lebih selamat daripada redah membuta tuli.
Jika gagal sekalipun, kita ada tempat sbg rujukan. Alhamdulillah, take a baby step one by one.
Kalau mindset kita nak cepat kaya, confirm yang cepat datang adalah MISKIN bukan kaya. Mula bisnes dengan sepenuh hati bukan sebab nak cepat kaya. Ada sebab yang lebih penting daripada duit dan kekayaan.
No comments:
Post a Comment