Teks : Mawar Abdullah
Lama saya tak share tentang bisnes. Sekarang agak sibuk dibelakang tabir. Sibuk sangaaatt gitu.. jari jemari dan otak saya yang sibuk membalas pm dan melayan pelanggan serta memikirkan idea-idea baru. Dalam bisnes, IDEA itu sangat MAHAL !
Kadang-kadang lintasan idea dalam bilik air, boleh bertukar menjadi idea yang bernilai ribuan, ratusan ribu, atau jutaan ringgit. Idea itu ILHAM dari Allah sebab tu ia mahal. Menulis status ini juga ilham idea dari Allah.
Apa sahaja yang terlintas dalam otak, kalau boleh semua saya nak share tapi hanya yang memberi manfaat sahaja. Saya pegang prinsip hidup orang yang baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
Saya bukan trainer, apatah lagi coach bisnes. Saya hanya seorang pelajar bisnes yang diizinkan oleh Allah untuk bertemu guru-guru yang hebat. Mungkin aura mereka sedikit sebanyak tempias pada diri saya sehingga ada sahabat-sahabat yang mahu belajar bisnes dgn saya.
Seriesly, saya belum layak untuk mengajar sesiapa. Kadang-kadang rasa bersalah juga bila tolak permintaan kawan-kawan. Tapi saya tak boleh tanggung risiko dan masa saya juga sangat mahal. Saya tak boleh lari fokus.
In sha Allah, bila ada kelapangan saya boleh berkongsi di blog saya pengalaman macam mana saya update status FB dan boleh jana Rm635 untuk pertama kali cuba teknik ni kat FB. Tanpa FB Ads. Kalau guna FB Ads, harus lebih banyak..
Special untuk kawan-kawan yang zero bisnes. Betul-betul baru nak belajar, nak mula bisnes dgn kos yg rendah. Tapi ia tak mudah ye. Kita kena sanggup belajar dan faham dulu. Kalau nak mudah, tak yah berbisnes. Baik makan gaji, bulan2 masuk duit. Fokus je buat kerja.
Sifu saya cakap, kalo kita malas, baik mati. hehehe... smile emoticon
No comments:
Post a Comment